SINGAPURA: Ekonomi Singapura berkembang sebanyak 7.6 peratus untuk keseluruhan 2021, pulih daripada penguncupan 4.1 peratus pada 2020, kata Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.
Menurut MTI, sektor pembuatan mengukuh 13.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), meningkat daripada pertumbuhan 7.5 peratus yang dicatatkan pada 2020.
"Dalam sektor ini, keluaran merentasi semua kluster menunjukkan peningkatan, dengan kluster kejuruteraan ketepatan, elektronik dan kejuruteraan pengangkutan mencatatkan pertumbuhan keluaran terbesar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, sektor pembinaan mengembang 20.1 peratus tahun ke tahun, pulih daripada penguncupan 38.4 peratus tahun sebelumnya, disokong oleh kerja-kerja pembinaan sektor awam dan swasta.
Industri pengeluaran perkhidmatan meningkat sebanyak 5.6 peratus tahun ke tahun berbanding penguncupan 5.1 peratus sebelum ini, katanya.
Kesemua sektor perkhidmatan juga telah mencatatkan pengembangan, kecuali sektor pentadbiran dan perkhidmatan sokongan, kata kementerian itu.
Bagi suku keempat 2021, ekonomi Singapura berkembang sebanyak 6.1 peratus tahun ke tahun, menyederhana daripada pengembangan 7.5 peratus pada suku sebelumnya.
Pada asas pelarasan musim suku ke suku, ekonomi meningkat sebanyak 2.3 peratus, lebih cepat daripada pertumbuhan 1.5 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya.
Mengenai prospek ekonomi untuk 2022, MTI telah mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 antara 3.0 peratus dan 5.0 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 17 2022
MTI mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2022 Singapura antara 3.0 peratus dan 5.0 peratus. - Gambar fail
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Pemulihan pembuatan kekal utuh walaupun pertumbuhan IPP Malaysia perlahan pada Mac
Walaupun Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia perlahan iaitu 2.4 peratus pada Mac berbanding 3.1 peratus pada Februari, ia melepasi jangkaan dengan pemulihan dalam pembuatan kekal utuh.
Lebih 98 peratus projek pembuatan dilulus pada 2023 dilaksana, dalam perancangan - Tengku Zafrul
Lebih 98 peratus daripada keseluruhan projek pembuatan yang diluluskan pada 2023, telah dilaksanakan atau dalam perancangan setakat 5 Mei, 2024.
Tawaran gaji rendah punca graduan enggan bekerja dalam sektor kemahiran - MITI
Penawaran gaji yang rendah menjadi punca kekurangan tenaga mahir tempatan terutama daripada kalangan lepasan pengajian tinggi, walaupun permintaan dari pihak industri terus meningkat.
Indeks Pengeluaran Perindustrian Januari 2024 pulih pada 4.3 peratus - Perangkaan
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pulih kepada 4.3 peratus pada Januari 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Sektor pembuatan dijangka catat pemulihan kukuh pada separuh kedua 2024
Pemulihan sektor pembuatan akan didorong kitaran teknologi pada separuh kedua 2024 dan pemulihan pascapandemik secara berperingkat di China.
Nilai jualan sektor pembuatan bagi 2023 cecah RM1.8 trilion
Nilai jualan keseluruhan bagi sektor pembuatan mencecah RM1.8 trilion pada 2023, meningkat sedikit sebanyak 0.2 peratus berbanding 2022.
Bilangan penganggur turun, kadar kekal 3.4 peratus pada Ogos
Bilangan penganggur menurun 0.3 peratus pada Ogos lepas kepada 577,300 orang berbanding 579,200 orang pada bulan sebelumnya, manakala kadar pengangguran kekal pada 3.4 peratus.
Rangka Kerja i-ESG: Bantu sektor pembuatan bersedia tembusi pasaran ESG
Rangka Kerja i-ESG menyediakan sektor pembuatan negara untuk mendepani ESG.
Nilai jualan sektor pembuatan cecah RM1.03 trilion bagi Jan-Julai 2023
Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat sebanyak 2.5 peratus tahun ke tahun kepada RM1.03 trilion bagi tempoh tujuh bulan pertama 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.